Selasa, 20 Januari 2009

MY 1ST DAY(12th January 2009) IN SMK KUALA KUBU BHARU, SELANGOR.


Tepat pukul 7.20 pagi, 12 Januari 2009, saya sampai di SMK Kuala Kubu Bharu. Berdebar-debar rasanya kali pertama menjejakkan kaki sebagai seorang warga sekolah. Mungkin lebih tepat sebagai salah seorang warga pendidik SMKKKB. Dari luar pagar kelihatan para pelajar berpusu-pusu berlari anak menuju ke padang sekolah. Hari Isnin, perhimpunan mingguan.


Lumrah, kali pertama melapor diri, tercengang-cengang juga saya dibuatnya. Tak tahu ke mana hendak dituju. Melihat para pentadbir berkumpul di padang sekolah, segera saya mengatur langkah menyertai mereka. Saya memulakan perkenalan dengan beberapa orang guru yang berada di tapak perhimpunan. Tidak ketinggalan juga rakan-rakan sepraktikum dari UPSI yang berlainan opsyen. Maklum, sebelum ini kami tidak pernah bersua muka, apatah lagi berkenalan rapat. Yang saya kenal, hanyalah rakan sekelas saya, Abdul Rasidi Mohammad.


Teriang-iang pesanan penyelia, mulakan hubungan yang baik dengan semua warga sekolah. Bagi saya, bukanlah sesuatu yang sukar untuk memulakan hubungan dengan orang-orang baru, yang penting jangan sombong, ringan mulut memulakan bicara dan sentiasa melemparkan senyuman. Cuma tinggal, penerimaan orang terhadap kita.


Semasa perhimpunan, pengetua ada memperkenalkan kami kepada semua warga sekolah, namun hanyalah secara ringkas dan hanya menyebut kami sebagai pelatih dari UPSI, ini mungkin disebabkan jumlah kami yang agak ramai iaitu seramai 18 orang kesemuanya. Selain daripada itu pengetua juga belum mendapat senarai penuh nama kami.


Selepas perhimpunan, kami diminta berkumpul di bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat dari pengetua, Tuan Haji Manap Bin Jarkasi, Penolong Kanan Kurikulum, Tn Haji Rohaizad Bin Mokhtar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Abu Mansor Bin Sathri. Taklimat dari Tuan Haji Rohaizad banyak menyentuh aspek pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi setiap pelatih UPSI terutamanya dalam menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan. Beliau sangat berharap agar kami dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan ikhlas. Seterusnya, Tuan Haji Manap meneruskan taklimat yang lebih berkisar tentang peraturan, perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh kami lakukan sepanjang menjalani praktikum di SMKKKB. Beliau juga memberi penerangan secara ringkas tentang lokasi sekolah dan sedikit pengenalan tentang SMKKKB. Dan akhir sekali, taklimat daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Abu Mansor Sathri. Beliau dengan tegas mengingatkan kami supaya mematuhi setiap peraturan, etika perguruan dan sentiasa membina hubungan yang positif dengan guru-guru, pihak pentadbir dan juga semua kakitangan sekolah.


Selesai sesi taklimat dengan pengetua dan penolong-penolong kanan, kami sama-sama menuju ke bilik guru untuk berjumpa dan berkenalan dengan guru-guru. Seterusnya kami melawat keseluruh kawasan sekolah dan berjumpa dengan kakitangan dan warga sekolah yang lain.


Saya seterusnya pergi ke bilik kaunseling untuk berjumpa dan berkenalan dengan kaunselor sekolah. Ini merupakan kali kedua saya berjumpa dengan kaunselor sekolah, kali pertama ialah dua bulan lepas. Ketika itu saya datang untuk membina hubungan dengan kaunselor setelah mengetahui saya akan berpraktikum di SMKKKB. Terdapat tiga orang kaunselor di SMKKKB, iaitu En Ahmad Fauzi Mohamad Zin, En Rosli Sulaiman dan Puan Rosmina Abd Hamid.


Hari pertama di bilik kaunseling, kami berkenalan dan diberi taklimat ringkas oleh kaunselor tentang apa tugas kami, dan kami juga berbincang tentang rancangan 14 minggu yang telah kami sediakan. Unit Bimbingan Kaunseling dari awal telah menyedikan rancangan tahunan mereka sendiri. Oleh yang demikian kami berbincang dan membanding beza rancangan kedua-dua pihak, dan merancang satu rancangan yang memudahkan urusan kami, dan pihak kaunselor sekolah. Saya berasa sangat beruntung kerana kaunselor-kaunselor SMKKKB sangat bertoleransi dan terbuka dengan pendapat dan idea yang kami kemukakan.


Selesai perbincangan, kami bersama-sama menyediakan meja dan ruang kerja untuk saya dan Rasidi. Hasilnya, sebuah meja panjang untuk kegunaan kami siap diatur dan dihias dengan cantik. Terima kasih yang tak terhingga kepada Cikgu Ahmad Fauzi dan Cikgu Rosli yang sanggup bersusah payah bertukang di bilik kaunseling membantu kami. Alhamdulillah, hari pertama berjalan dengan baik. Harapan saya, semoga dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari segala masalah sepanjang saya berpraktikum di SMKKKB. Amin.....

Ahad, 18 Januari 2009

++The Real Life Has Begin++

After 3years of theorithical and learning process, its time for me to faced the real situation for being counselor. Even its on a 4months internship, I feel its a good time for me to adapt and gain as much as possible the experience with this new 'world'. Its time for me to apply all the knowledge that I learned when I was a student to be a good counselor. No more exam, 'happy hour', 'chit-chatting' and 'gossiping'. All I need to do is focused on what I'm doing and let this thing done. Wish everything will be fine. Amin.