Selasa, 3 Mac 2009

..hari keenam..


..latihan dalam kumpulan..

..aktiviti orientasi asrama..


..Wakil pelajar menandatangani perjanjian..



..Ikrar Pelajar..




..Taklimat dari Encik Abu Mansor Sathri..






..harta karrrunnn..








..Barang rampasan..








..Demonstrasi hukuman ROTAN..








PMD hari terakhir untuk tingkatan 1...



Hari ini hari terakhir PMD untuk tingkatan 1.. Slot dimulakan dengan energizer dan sedikit ceramah dan latihan dalam kumpulan mengenai strategi belajar. seperti biasa, saya dan Sidi membahagikan tugas untuk memudahkan kerja. alhamdullillah.. segalanya berjalan lancar. Selesai slot kami, pelajar diberi taklimat tentang PSS oleh penyelaras bestari. Sejurus selepas rehat, taklimat diteruskan oleh Tn Haji Rohaizad selaku PK kurikulum selama lebih kurang sejam. Pelajar didedahkan tentang matlamat dan halatuju pengajian mereka. seterus taklimat displin oleh Cikgu Muhammad Diah selaku guru displin SMKKKB. Pelajar diberi penerangan tentang garis panduan displin sekolah yang wajib dipatuhi. selain daripada itu, pelajar juga diberi pendedahan tentang denda atau hukuman yang bakal dikenakan kepada pelajar jika gagal mematuhi peraturan sekolah. selesai taklimat displin, pelajar diberi taklimat oleh PK HEM, berkenaan salahlaku dan tanggungjawab setiap individu sebagai seorang pelajar. banyak input dan tunjuk ajar diberikan kepada pelajar, yang tinggal hanya usaha dan kemahuan mereka samada untuk memilih jalan yang benar atau sebaliknya. selesai taklimat, mereka diminta melafazkan ikrar pelajar di hadapan PK HEM, Encik Abu Mansor Sathri, kaunselor sekolah, dan kami sendiri kaunselor pelatih UPSI.



Pada pukul 2.30 petang pula, kami bergegas ke asrama untuk menyertai program Orientasi pelajar baru asrama. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan untuk mereka. Petang ini, saya dan Sidi mengambil peluang beramah mesra,mempromosi diri dan perkhidmatan dalam mencapai misi kami.



Walaupun agak kepenatan sepanjang minggu ini, tapi saya gembira dan berpuas hati dengan apa yang telah saya curahkan pada pelajar. Banyak pengalaman dan ilmu ditimba.. lebih-lebih lagi penambahbaikab kemahiran interpersonal dalam membina hubungan dengan warga SMKKKB..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan